Kawan atau Lawan?
Sunday, November 3, 2013 | 0 comments
Assalamualaikum.Kawan atau lawan. Tu yang aku fikir fikirkan sejak akhir akhir ni. 1hari sebelum cuti macam macam benda berlaku.
Aku harap kau dua orang baca. Malas nk ckp banyak cuma nk terangkan je.Apa perasaan kau kalau kau sorang sorang? Kawan lagi dua orang dok berkepit je. Yang kau macam orang takde arah sekejap pergi sini. Sekejap dekat kawan ni?Kau ada rasa tak apa orang akan ckp kalau kau macam tu?
Ada bestfriend sendiri tapi macam takde bestfriend. Right?
Okay.
Aku tweet sikit untuk kau sedar tapi apa yg kau reply. Macam jatuhkan maruah aku.Kau fikir kalau benda yg berlaku kat aku terjadi dekat kau. Kau rasa macam mana? Selama ni perangai kau apa apa yg kau buat kau ada fikir? Kau cuma fikir kena layan aku macam tuan puteri lah apabenda kau dah kenapa? Aku tak mintak pun kan?
Bila aku tegur sikit kau tak boleh terima.
Bila aku suruh kau jalan cepat sikit pun macam macam kau jawab. Aku? Just diam and sabar.
Cuba sesekali kau fikir. Kalau kau dekat tempat aku apa kau buat? Aku still boleh bersabar lagi tapi time haritu sabar aku dah hilang.
Aku happy time tu nk jumpa korang, rehat dengan korang then aku pergi kelas korang. Korang buat takthu je. Sebok dengan cikgu kesayangan kau tu.
Sampai aku cakap "weh jom rehat" pun korang jawab macam nak taknak.
Tak tengok aku pun. Kalau kau jadi aku apa kau buat? Fikir weh fikir. Bff lain kalau bff dia dah bla dia confirm kejar then ckp apa apa.
Sekurang kurangnya kalau tak nak rehat time tu bagitahu aku.
Takde lah aku tunggu korang dekat koop tu dengan hujan semua tu.Ni tak lepas dah habis rehat.
Dah nak balik dah pun baru nak ckp sebab apa semua tu.Kalau kau lah yang kena kau rasa macam mana.
Rasa macam nk maki nak marah kau depan orang ramai tapi aku? still diam and buat semua benda OKAY.
Pernah tak kau terfikir bila aku rasa aku takde mood, aku diam then kau tanya aku apa apa aku akan cakap aku OKAY tapi sebenarnya TAK.
Aku cakap macam tu untuk kau sedar apa yang kau buat tapi sebenarnya tak. Fikir lah weh fikir.
Sumpah kalau dah tak nak kawan dengan aku ke pe cakap terus terang.
Tak payah nak cakap belakang belakang pasal aku.
Aku tak mati weh takde korang. Jujur dari aku.
Tapi kalau benda ni jadi dekat kay balik jangan cari aku.
Sebab tu KARMA. Mungkin bukan harini, mungkin bukan esok.
Tapi suatu hari nanti.
Kau cuba ubah diri kau.
Jangan madah nak cakap orang macam macam je.
Jangan jadi talam 2 muka. Aku bukan kutuk ke apa tapi yang betul kau kena fikir.
Kalau nak tulis pasal kau memang sampai esok pun tak habis.
Tapi cuba kau ingat balik sikap, perangai, cara kau semua.
Memang semua orang pernah buat salah.
Aku pun. Tapi dari salah tu kita boleh belajar.Allah pinjamkan dunia untuk kita sekejap je.Kalau kau rasa perangai kau baik untuk hidup kau, teruskanlah.
Lastly, tak semua orang boleh terima kita and suka dekat sikap kita. Ingat sampau mati.
Assalamualaikum
Kehidupan
Thursday, October 10, 2013 | 0 comments
Assalamualaikum,
Semua orang nak bahagia, takda pun yang nak sedih. Kau nak sedih? hm.
Kehidupan seseorang tu lain lain. Ada yang senang, susah, bahagia, sedih. Kalau kau orang senang, bersyukurlah. Kalau kau orang susah, bersabarlah. Kalau kau bahagia, beruntunglah. Kalau kau sedih, berdoalah kepada Allah. Aku? hm
Semua orang taknak sedih, susah. Tapi kalau tu dah takdir dia. Nak buat macam mana? Semua orang nak hidup yang sempurna. Tapi tak semua orang yang diimpikan akan dapat. Mungkin semua ada hikmah nya.
Aku bersyukur dengan hidupku. Susah macam mana sekalipun aku tetap tersenyum walaupun ia menyakitkan.
Impian,
Semua orang ada impian, kau ada? Impian aku besar, tapi apa yang aku impikan akan dapat ke suatu hari nanti? Aku juga ingin kan keluarga yang sempurna, hidup sempurna, tapi bolehkah ia "akan sempurna". Fikir dan terus fikir. Pernah tak kau rasa yang kau nak kan sesuatu? Pernah ka? Mungkin kau akan cari apa yang kau nak dengan apa cara sekalipun. Mungkin kadang kadang kau rasa hampa bila tak dapat benda yang kau nak tu tapi apakan daya. Renung renung kan lah.
Keluarga,
Kau ada keluarga? Aku ada. Kau happy? Aku happy. Semua orang inginkan keluarga yang bahagia, yang sempurna, tapi tak semua yang akan dapat. Semua anak nak ibu bapa dia kesah pasal dia. Manja dengan dia. Kau ada? Kalau ada kau beruntung. Mungkin ada yang tak bahagia, tapi jangan sedih, berdoalah! Allah sentiasa ada untuk hambanya. Mungkin ada ibu bapa yang tak kesah pasal dia, tapi taatlah kepada kedua ibu bapa mu. Kerana mereka, adalah kita. Fikirkanlah.
Hidup,
Aku risau dengan remaja zaman sekarang. Tiada pegangan agama. Aku takut terjebak dengan mereka, tapi. Tak boleh salah kan mereka. Sepatutnya kita nasihat lah kepada mereka. Jangan biarkan mereka mati masuk ke neraka kerana kita tidak menasihati nya. Ya Allah :'(
Berikan lah pertunjuk kepada ku dah hamba hamba mu yang lain supaya kembali ke jalan mu Ya Allah. Pinjaman bumi mu untuk ku hanyalah sementara. Untuk mengajarku bagaimana hadapi ujian mu. Ya Allah.
Mungkin ada kebahagian abadi yang kekal di atas bumi ini, membuat kan aku kuat untuk alami semua ini.
Assalamualaikum





